Cart 0

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) PREMIUM PRODUCTS


Ruangan ini bertujuan untuk menjawab segala persoalan biasa yang sering ditanyakan kepada para pengedar kami. Oleh itu, kami berharap segala yang dikumpulkan disini dapat dijadikan sumber rujukan kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari jawapan. Sekiranya jawapan kepada persoalan anda tidak didapati dari senarai di sini, sila hubungi kami dan kami akan cuba rungkaikan persoalan anda tersebut.

1. Apakah itu Transfer Factor (TF)?

TF adalah zat molekul halus yang bijak (immune IQ) yang terdapat dalam kolostrum (susu awal) dan juga kuning telur. Ia bertindak sebagai pemberi maklumat atau ‘pendidik’ kepada sistem imun tubuh badan. Setiap mamalia (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan kepandaian sistem imun seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal yang dinamakan kolostrum. TF adalah “Senjata Daya Imun” yang paling berharga di dalam kolostrum.


2. Apakah itu kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal yang terdapat dari 1-3 hari selepas si ibu melahirkan anak.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kepandaian sistem imun’?
Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan kerosakan dari luar yang mendatangkan penyakit. Sistem imun lah yang sentiasa memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh itu akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan TF. TF bertindak sebagai “kamera penyimpan maklumat” bentuk rupa jenis-jenis kuman, virus, kulat dsb.

4. Apakah yang mendorong para saintis untuk mencari TF dalam kolostrum?
Melalui pengamatan, mereka dapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati dalam beberapa ketika, walaupun terdapat banyak makanan lain yang diambilnya. Infeksi dari serangan kuman, virus, kulat adalah penyebabnya. Pengkaji dapati bahawa anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem ketahanan yang terbentuk dan tidak mengenali rupa jenis kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya TF, sistem ketahanan anak lembu dapat mengenali musuhnya, lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.

5. Apakah sejarah disebalik TF?
Pada tahun 1949, Doktor H. Sherwood Lawrence, dalam kajiannya mencari penawar penyakit batuk kering (TB), mendapati bahawa suatu faktor di dalam sistem imun dari seorang yang telah pulih dari penyakit, boleh dialihkan kepada orang lain yang terkena penyakit tersebut. Ia menamakan faktor itu sebagai ‘Transfer Factor’.

6. Apakah fungsi TF?
  • Meransang dan meningkatkan aktiviti sel “Natural Killer” ketahap lebih dari 283% hingga 437%. Meningkatkan IQ sistem imunn(kebijaksanaan)
  • TF dapat memberi maklumat lebih dari 100,00 jenis kuman perosak.
  • Menenangkan sisitem imun yang terlalu aktif supaya ia tidak menyerang sel-sel badan sendiri.

7. Jika TF tidak terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil  kolostrum sahaja?
TF tidak membawa kepada alergi, sedangkan kolostrum mengandungi banyak antibodi (protein susu yang kasar), sesuai untuk anak lembu iaitu casein dan immunoglobulin, yang bolehmembawa alergi kepada manusia.TF tidak tertakluk kepada mamalia tertentu bermakna ia adalah sama mahupun dalam manusia atau mamalia lain. Kolostrum juga mengandungi sedikit sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000 mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF bermakna 1 biji TF adalah sama kekuatanya dengan 75 pil kolostrum

8. Bolehkah orang-orang yang mempunyai alergi kepada susu atau ‘lactose intolerant’ mengambil TF?
Seperti yang diterangkan tadi, TF tidak membawa sebarang lergi, kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh sistem ekstraksi canggih milik 4Life Research. Yang terdapat dalam TF adalah pati molekul ‘immune IQ’.

9. Saya sedang mengamalkan makanan kesihatan lain seperti zat-zat vitamin, herba, enzyme dan lain-lain. Apakah perlu saya mengambil TF?
TF bertindak terus kepada sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia, iaitu sistem imun atau daya penentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Dengan tiak memberikan sistem imun makanan tepat yang diperlukan, sistem imun akan mencuri bahan-bahan yang diperlukan dari sistem-sistem lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting. Makanan-makanan tambahan lain hanya memberikan zat pada sel dan organ tetapi tidak memberikan informasi atau kebijaksanaankepada sistem imun untuk mengenali musuh-musuhnya. Sama juga seperti seorang yang kuat, tetapi ia bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuhnya.

10. Adakah terdapat bukti-bukti sains yang membuktikan TF dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan-makanan kesihatan lain?
Ya! Walaupun makanan kesihatan lain mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, TF memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992-1999) oleh Jeunesse Inc – Institute of Longevity Medicine, California, keatas 198 produk-produk terkenal di dunia ini yang terbahagi kepada lebih 400 ramuan, telah membuktikan penemuan ini. Dalam 198 produk, hanya 46 sahaja yang dapt meransang sistem imun dari 10% - 48%. TF dan TF Plus dapat meransang sistem imun ketahap 283% dan 437%.

11. Adakah kajian TF telah dibuktikan dan disahkan oleh sains?
Sejak penyelidikan Doktor Sherwood Lawrence pada tahun 1949, terdapat lebih 3,500 laporan-laporan sains tentang kajian klinikal TF yang melibatkan ramai pakar perubatan dari seluruh dunia termasuk pakar bedah, doktor dan saintis terbilang. Penyelidikan keatas TF telah menelan belanja sejumlah US$40 juta.

12. Jika TF bagus dan berkesan, mengapa tidak doktor-doktor menggunakannya di klinik?
Terdapat ramai doktor di Amerika dan Eropah sudah mula mengesyorkan TF kepada pesakit-pesakit mereka. TF juga telah disenaraikan dalam buku PDR (Physicians’ Desk Reference) iaitu buku panduan dan rujukan para doktor. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit-pesakit yang menggunakan TF dan juga para doktor yang menganjurkan TF. TF juga merupakan suplemen kesihatan pertama dalam sejarah yang disahkan untuk digunakan di seluruh hospital dan klinik-klinik di Russia.

13. Adakah selamat menggunakan TF?
Ia adalah 100% selamat,asli tanpa sedikitpun kadar toksik. Pengkaji telah memberikan dos sehingga 2000 kali ganda kepada sukarelawan-sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan.

14. Adakah semua orang boleh mengambil TF?
Ya, dari bayi sehingga orang tua, boleh mengambil produk kurniaan alam semulajadi. Para atlit Olympic juga telah mendapat kelulusan menggunakan TF sebagai suplemen kesihatan.

15. Siapakah yang bleh mendapat manfaat dari pengambilan TF?
Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa jua penyakit, akan mendapat manfaat besar dari pengambilan TF. Ia juga sesuai untuk meningkatkan tenaga dan menghilangkan letih lesu.

16. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil TF?
TF mendidik tubuh kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia dalam terhadap  serangan musuh dalam  tubuh badan kita. Serangan musuh ini terjadi setiap hari di dalam tubuh badan, akibat corak kehidupan zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan di udara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita sehingga ketahap tidak dapt dipulihkan kembali. Lagipun, walaupun kita sihat, sistem imun kita terpaksa bekerja ‘overtime’ setiap hari, dalam memastikan kita tetap hidup. Ini boleh menyebabkan kita selalu berasa letih dan lesu, jika sistem ketahanan tidak mendapat TF yang secukupnya.

17. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah saya mengambil TF juga?
Ya, boleh! TF adalah asas ‘sistem ketahanan asli’ untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan TF akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.

18. Bolehkah wanita hamil mengambil TF?
Boleh! Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita hamil yang mengambil TF Advanced Formula kerana tiada bahan lain di dalam kapsul  tersebut melainkan Transfer Factor iaitu sumbernya hanyalah susu awal dan kuning telur. TF Advanced Formula sangat dianjurkan kepada wanita hamil kerana dapat memberikan kesihatan yang optimal untuk ibu dan juga bayi yang dikandung. Note: TF Plus tidak dianjurkan untuk wanita hamil kerana ia mempunyai bahan herba dan jamu.

19. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil TF?
Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air berperisa, bubur atau sebarang makanan lembut.

20. Adakah TF sama seperti zat vitamin, galian dan enzyme?
Tidak. TF adalah suplemen lain dari yang lain, tertakluk pada jenis tersendiri. TF adalah otak ataupun IQ kepada sistem imun. Satu kategori suplemen kesihatan telah dimulakan dengan TF dan telah dinamakan sains “Transferceutical”.

21. Adakah selamat untuk mengambil lebih TF dalam sehari?
Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksik dari pengambilan berlebihan TF. Kajian keselamatan telah dilakukan keatas megadose sebanyak 2,000 kali ganda tanpa kesan toksik. Sebaiknya pengguna TF perlu mengambil dose 3 kali ganda apa yang tertulis di botol, selama 2 minggu pertama. Ini supaya badan kita dapat mengesan dan melawan semua penceroboh yang dijumpai, dengan efektif. Selepas itu, dose boleh dikurangkan atau ditambah mengikut keperluan masing-masing.

22. Bolehkah seseorang itu mengambil lebih banyak TF Plus dari apa yang disyorkan?
Kadangkala pesakit perlukan dose yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit tertentu. Cara terbaik untuk memulakan mengambil TF Plus adalah  dengan mengikut dose yang tertera dilabel melainkan untuk pesakit kanser dimana mereka perlu mengambil antara 3 kali ganda hingga 10 kali ganda dose, mengikut tahap penyakit.

23. Adakah TF mahal?
Tidak. Jika dibandingkan dengan daya kekuatandan keberkesanan TF dalam meransang sistem imun, ia adalah jauh lebih murah berbanding produk-produk kesihatan lain. Contohnya, jus noni dan aloe vera meransang sistem imun setinggi 15% sahaja manakala dengan  TF Plus dapat meransang sistem imun setinggi 437%, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi. Jika satu botol jus noni/aloe vera berharga RM75, anda harus berbelanja RM2,175 untuk mendapat kekuatan yang sama seperti yang didapati boleh dapati dalam 1 botol TF Plus.

24. Bolehkah TF diambil bersama zat vitamin, mineral, enzyme, ginseng gamat atau herba lain?
Ya, boleh. TF tidak bercanggah dengan nutrien lain.

25. Apakah penyakit yang memerlukan TF?
Semua penyakit dari yang biasa seperti batuk dan selsema, kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, dan sebagainya memerlukan TF. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem ketahanannya sudah kalah. TF akan mengejutkan dan meransang sistem ketahanan seseorang itu untuk melawan dan mengatasi penyakit tersebut.

26. Mengapa lembu dipilih sebagai sumber TF?
Lembu mempunyai susu awal yang cukup banyak. TF tidak tertakluk kepada jenis tertentu, bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya adalah dari mamalia lain. Lembu juga lebih terdedah pada cabaran alam sekitar seperti kotoran, kuman, virus hama, kulat, habuk dan sebagainya, menjadikan sistem imunnyajauh lebih gagah dari manusia. Ini bermakna TF dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak ‘pengalaman’ dan kebijaksanaan’ dalam mendidik dan meransang sistem imun.

27. Adakah kemungkinan TF atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (mad cow disease)?
Tidak. Pakar tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahawa kuman BSE (bovine spongiform encephalopathy) tidak massuk ke saluran mammari ke kolostrum. Pemeriksaan kepada lembu yang diserang penyakit lembu gila tidak satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahawa kesan jangkitan kuman pada tahap terakhir berada i otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yang dijangkiti.

28. Mengapa harus saya mengambil TF jika saya sudahpun menerima informasi sistem imun sewaktu saya masih bayi?
TF yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita untuk cabaran pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru sedangkan sistem imunkita semakin lemah akibat umur yang meningkat dan cabaran alam sekitar. Memastikan sistem imun yang ‘updated’, bijak dan kuat adalah tersangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan.

29. Berapa kerap harus saya mengambil TF?
Setiap hari, tubuh badan kita menghasilkan sel imun baru yang memerlukn informasi. TF harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem imun kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan bagi menghadapi cabaran yang sentiasa memenuhi alam sekitar kita. Apatah lagi dizaman sekarang dimana penyakit berupa serangan virus seperti SARS, bird-flu, HIV-AIDS, semakin berleluasa. Para saintis juga telah mendapati bahawa kebanyakan penyakit adalah berpunca dengan serangan virus dan kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung, TB, sawan, semput dan sebagainya.

30. Adakah saya perlu mempunyai latar belakang pengetahuan sains atau ubat-ubatan untuk berkongsi sama tentang Transfer Factor?
Tidak. Konsep TF mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem ketahanan manusia. Dimana mana, manusia sentiasa mencari jawapan dalam soal menjaga kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan imun). Ibu, bapa, kaum remaja, kanak-kanak kecil dan orang-orang yang sudah lanjut usia, semuanya sedang menghadapi cabaran-cabaran yang semakin hari semakin meningkat, dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. Sistem imun yang optimal diperlukan oleh semua orang!

SUMBER : Lebih 3,500 kajian dari seluruh dunia diringkaskan di sini >>>Klik PDR.net 4Life TF<<<



Click for Other Questions