Cart 0

Perhatian kepada Pemilik Perniagaan…

“Sudahkah Anda Bersedia Menarik Prospek/Lead yang Berkualiti Tinggi TANPA HENTI & MeleTOPkan Perniagaan Anda?”

Ketahui ‘Formula 3-Langkah Mudah’ yang menjadikan seorang bekas guru sekolah, yang terdesak dalam membina bisnesnya bertukar kepada ‘Top Earner’ dalam masa kurang 18 bulan sahaja!

Jika anda nak hentikan dari mengejar ‘sales’ dari keluarga dan rakan terdekat anda… Jika anda nak hentikan dari membuang masa bercakap dengan prospek yang langsung tidak berminat dengan produk anda dan anda nak hentikan PENOLAKAN SELAMA-LAMANYA, saya mohon agar anda berhenti dari membuat apa sahaja yang sedang anda lakukan sekarang dan memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap patah perkataan di halaman ini kerana masa depan perniagaan anda bergantung dengannya.

Ini kerana kebenarannya ialah…

Anda telah ditipu tentang bagaimana cara untuk mencipta kejayaan. Anda telah dibawa untuk mempercayai bahawa hanya terdapat satu sahaja cara untuk membina perniagaan dan jika anda tidak mengikuti sistem kuno dari tahun 1950-an dan 60-an itu, anda tidak akan berjaya. Jadi, saya disini untuk memberitahu anda ianya tidak benar.

Mungkin anda pernah diberitahu bahawa anda boleh mula niagakan produk anda kepada seisi keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan tapi sebenarnya anda amat-amat terdesak untuk mengejar ‘sales’ atau merekrut agen-agen baru dengan cara tersebut. Jika ya, jangan risau, saya juga pernah berada disitu suatu masa dahulu.

Dalam minit-minit berikutnya, saya akan dedahkan anda ‘Formula 3-Langkah Mudah’ dimana, sejak saya menemuinya dan mula mengaplikasinya dalam perniagaan, ia menukarkan saya dari seorang agen produk yang gagal di 3 buah syarikat kepada penjana pendapatan 6 angka dalam masa 18 bulan.

Nama saya Tyson Zahner. Saya merupakan pakar dalam ‘Attraction Marketing’ dan pemasaran internet yang pernah mengajar ribuan peniaga dan usahawan seperti anda, bagaimana cara untuk membina perniagaan samada konvensional atau bersistem (agen, stokis, affiliate, network) dengan menggunakan kuasa automatik dari internet.

Walau demikian, kisah saya tidak selalunya indah. Hakikatnya…

Saya Gagal Dalam Perniagaan Selama 15 Tahun!

Saya mula diperkenalkan dalam bidang perniagaan sejak 1997. Seperti kebanyakan orang, saya tidak punyai sebarang idea tentang apa yang harus dilakukan, jadi saya bergantung sepenuhnya kepada nasihat orang yang memperkenalkan bidang ini kepada saya dan mengikuti segala yang dinasihatkan.

Aktiviti seperti…

✔ Membuat senarai nama kenalan, keluarga dan rakan

✔ Menjemput mereka ke ‘Business/Product Review’

✔ Membuat panggilan telefon orang-orang yang tak dikenali

✔ Menulis di atas kertas atau tisu sewaktu makan tengahari

✔ Menggunakan peraturan, jual dan rekrut kepada sesiapa sahaja yang ditemui

✔ Dan hadapilah ribuan penolakan

Tiada satu pun dari cara ini yang berjaya, oleh itu saya sangkakan mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat mahupun pembayaran komisyen yang disediakan atau mungkin ‘upline’ saya.

Jadi, saya lompat dari satu syarikat ke satu syarikat ke satu syarikat, dengan harapan untuk menemui jalan penyelesaian.

Selepas Beberapa Ketika, Rakan & Keluarga Mula Menjauhkan Diri dan Mengelak Panggilan Telefon Saya…

Hakikatnya, beberapa orang turut mengatakan, “Oh, kamu sekarang tengah buat bisnes lain pula ya… berapa lama pula ia akan bertahan kali ni?”

Akhirnya saya menyedari bahawa syarikat bukanlah masalahnya. Ia bukan jua masalah dari pelan pembayaran bonus atau komisyen atau upline yang tidak memberi sokongan…

Ianya adalah strategi yang saya gunakan untuk membina perniagaan. Ianya menjadi punca utama dalam setiap kegagalan saya.

Ketika itulah saya menyedari perkara yang mengubah kehidupan serta perniagaan saya selamanya…

Jika Anda Menggunakan Strategi yang Tidak Sesuai dengan Personaliti, Anda akan Sengsara Selamanya!

Saya diberitahu untuk melakukan banyak perjumpaan di rumah, di pejabat dan sewaktu makan tengahari serta bercakap dengan semua orang yang dikenali, namun masalahnya ialah tiada satu cara pun yang sesuai dengan personaliti saya. Saya tidak gembira atau ‘enjoy’ melakukannya. Saya tak pandai dan sememangnya tidak pernah berjaya menggunakan strategi ini.

Ya, mungkin ia berhasil kepada 'upline' serta rakan-rakan lain di dalam kumpulan namun, ia tidak berhasil untuk saya. Pada peringkat ini, saya benar-benar kecewa dan tidak bersemangat. Saya mesti mencari jalan penyelesaian atau berhenti! Saya sudah tidak tahan lagi dengan penolakan.

Jadi, saya membuat carian di internet untuk melihat adakah orang-orang lain yang membina perniagaan menggunakan strategi alternatif (upline/stokis saya langsung tidak menyokong saya keluar dari “sistem terbukti”, tapi saya dah tak dapat tahan).

Nasib baik, saya menemui satu laman web kecil yang telah membuka mata ke arah melihat perniagaan saya dari sudut yang lain.

Saya sama sekali tidak akan melupakan malam itu. Sedang duduk menghadap komputer, amat terdesak mencari apa jua kaedah yang boleh membantu saya membina perniagaan.

Saya terbaca tentang seorang yang berjaya menghasilkan jualan serta merekrut agen baru ke dalam perniagaannya menggunakan kaedah ‘Attraction Marketing’ melalui internet.

Saya bukan sahaja skeptikal dan tidak percaya… maksudnya, benarkah kenyataan itu?

Ribuan Prospek yang Berkualiti Menghubungi Anda

Mungkinkah ia benar-benar berlaku? Daripada mengejar jualan dan mengganggu orang lain, benarkah saya boleh mendapatkan prospek-prospek yang berkualiti untuk menghubungi saya?

Adakah ia mungkin untuk saya menjadi orang yang diburu daripada menjadi pemburu?

Sudah tentu saya pun ragu-ragu ketika itu, tapi saya seharusnya perlu memeriksa maklumat itu dengan lebih mendalam sebelum membuat apa jua andaian.

Dan syukur, pada malam itu saya membuka minda dengan tenang!

Kurang 18 bulan dari malam yang mengubah kehidupan itu, saya berjaya mendapatkan jualan yang banyak dan merekrut 1,000 agen ke dalam perniagaan.

Dan inilah ‘Formula 3-langkah Mudah’ yang saya gunakan!

mail AMARAN! JANGAN teruskan membaca sekiranya anda tidak 100% serius dalam perniagaan anda.

Ok… saya menganggap anda yang meneruskan membaca amat-amat serius untuk mencipta kejayaan dalam perniagaan anda.

Inilah ‘Formula 3-Langkah Mudah’ Saya Gunakan untuk Berjaya!

1. Sasaran Audiens yang Tepat

Sebab kenapa 'upline' yang menasihatkan anda supaya menghubungi keluarga serta rakan terdekat adalah kerana ia senang. Anda tak perlukan sebarang kemahiran untuk membuat panggilan telefon atau terkini ‘WhatsApp’ kenalan anda.

Sesiapa sahaja boleh melakukannya dan ia perkara paling pantas untuk memastikan orang baru untuk bertindak sebelum semangatnya pudar.

Masalahnya ialah kenalan yang dihubungi itu bukanlah prospek berkualiti untuk produk atau perniagaan anda. Mereka tidak berminat untuk mengetahui apa yang anda jual. Oleh itu, untuk memastikan kenalan anda membeli, anda terpaksa menjadi jurujual yang terdesak dan mula meyakinkan kenalan anda untuk membeli atau menyertai anda.

Anda mungkin tidak selesa melakukannya dan kenalan anda juga sudah tentu tidak mahu ‘dijual’.

Di sebelah yang lain pula, jika anda mensasarkan kepada audiens yang sememangnya sedang mencari sesuatu dan ingin ketahui apa yang anda tawarkan, jualan menjadi seribu kali lebih senang.

Di dalam perniagaan, saya memfokuskan kepada golongan yang pernah membuat pembelian barangan yang saya jual dan sedang aktif mencarinya sekarang.

Perbezaannya jauh sekali ibarat langit dengan bumi.

Sebagai contoh, jika saya menjual produk mengempiskan perut, saya semestinya akan mensasarkan golongan yang pernah membuat pembelian produk mengempiskan perut sebelum ini atau orang-orang yang sedang aktif mencari produk tersebut sekarang.

Begitulah juga dengan merekrut agen ke dalam perniagaan, saya sudah tentu mensasarkan golongan orang-orang yang pernah terlibat dalam perniagaan (usahawan yang lain) atau orang-orang yang sedang aktif mencari peluang perniagaan ketika ini.

Logik kan? (dan internet telah menjadikan langkah ini berjuta kali lebih senang, saksikan video ‘Senangnya FBAds RM10!’)

2. Menjalinkan Hubungan yang Baik

Tolong jangan silap, sebenarnya Perniagaan adalah tentang Perhubungan. Orang hanya akan membeli dari orang yang mereka kenali, sukai dan percaya. Ini adalah 100% tepat.

Malangnya, dulu saya pernah dimaklumkan (dan percaya), bahawa internet adalah tidak personal dan anda tidak boleh menjalinkan hubungan melaluinya jadi ia tidak akan berkesan untuk membina perniagaan ‘home-based’ secara online.

Ini merupakan fakta yang amat Salah!

Anda bukan sahaja boleh membina hubungan melalui internet, malahan anda juga boleh melakukannya dengan cara lebih sistematik dan automatik berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh, anda boleh mencipta sumber yang boleh diguna semula seperti video, blog dan media sosial serta sistem automatik yang bekerja untuk anda walaupun anda sedang tidur. Anda boleh berkomunikasi dengan ribuan orang pada satu masa dengan menghantar trafik ke laman web atau ke presentasi online.

Dan walaupun anda mungkin tidak biasa dengan teknologi, tidak mengapa. Ini berita baik. Kejayaan anda tidak terletak pada sejauh mana kepandaian teknikal anda menggunakan teknologi. Ia ditentukan oleh sejauh mana anda mampu menjalinkan hubungan dengan baik (percaya atau tidak, teknologi menjadi semakin hari semakin senang hari ini, lihat Video ‘Cara Buat  Kedai Online FREE 3 minit je!’)

“Jadi, bagaimana anda menjalinkan hubungan dengan orang yang langsung tak dikenali Online?”, anda tanya…

Inilah rahsia yang mengubah perniagaan saya… anda bersedia?

Anda perlu MEMBERI tanpa meminta sebelum anda boleh memiliki.

Di saat para pesaing saya di luar sana sedang giat menjual, menjual produk, menjual peluang dan spam di media sosial tentang betapa bagusnya produk atau perniagaan mereka, saya jauh meninggalkan mereka dengan cara memberikan nilai terlebih dahulu.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah nilai yang saya maksudkan.

Tanyakan soalan ini kepada diri anda… mengapa orang ramai gemar melayari internet?

Saya bagi anda petunjuk… ia sudah tentu bukan untuk dijualkan sesuatu.

Biasanya, mereka mencari satu dari 2 perkara ini (atau keduanya)… Informasi atau Hiburan.

Jika anda memberikan mereka salah satu dari 2 perkara ini sebelum anda meminta jualan, anda akan menemui orang-orang yang ingin berbisnes dengan anda dan sanggup mengejar anda.

3. Menukarkan Prospek kepada ‘Sales’

Selepas anda menjalinkan hubungan yang baik, apa yang tinggal hanyalah menukar prospek tersebut kepada ‘jualan’.

Dan jika anda melakukan langkah ke-2 dengan baik, anda tidak perlu menjadi jurujual atau bersungguh-sungguh untuk ‘close sale’ pun.

Malahan, internet juga telah menjadikan proses penukaran ini menjadi lebih sistematik dan auto menggunakan sistem serta alatan yang bekerja walaupun anda sedang tidur, atau bercuti bersama keluarga tersayang.


Malahan, saya tidak akan melupakan satu percutian saya bersama keluarga ke Virgin Island di mana ketika itu saya berjaya mendapatkan untung jualan yang amat tinggi serta mendapat agen-agen baru yang berkualiti sepanjang saya sedang bercuti (segalanya autopilot) dan lebih untung dari wang yang digunakan untuk bercuti.

Inilah KEKUATAN ‘Attraction Marketing’.

Dan anda bakal didedahkan dengan bagaimana untuk mendapatkan sistem tersebut untuk perniagaan anda pula.

Namun sebelum itu, saya perlu memberitahu anda tentang satu permasalahan utama dalam kalangan peniaga, usahawan atau agen dan lain-lain yang sedang membina perniagaan teruatamanya melalui produk atau barangan orang lain.

>> Inilah Masalah No #1 dalam Kalangan Agen Produk/Pemilik Perniagaan <<

Baik, dengar sini betul-betul ya… Peniaga dan usahawan membuat berbagai-bagai kesilapan (percayalah, saya tahu dan juga pernah mengalaminya…)

Namun, masalah yang benar-benar kronik adalah:

Percaya bahawa Produk atau Peluang yang Dibawakan adalah Perniagaan Mereka.

Setiap masa, ramai yang bertanya, “Tyson, saya dah bawa ramai orang ke website syarikat tapi saya tak dapat sebarang maklum-balas yang baik mahupun jualan… Kenapa?”

Jawapannya cukup mudah. Mereka membuat kesilapan dengan percaya bahawa memiliki produk yang baik atau peluang bisnes yang lumayan hanyalah satu-satu perkara yang diperlukan untuk membina perniagaan yang berjaya.

Tapi, ia sememangnya tidak mencukupi. Anda tahu kenapa? Kerana selain dari anda, terdapat ribuan agen atau pemilik produk lain yang mempromosikan perkara yang sama dengan apa yang syarikat anda tawarkan.

Ini soalan yang perlu anda tanyakan pada diri sendiri;

“Kenapa perlu seseorang itu membeli dengan anda daripada memilih untuk membeli dengan ribuan agen produk atau perniagaan yang hampir sama?”

Jawapannya pun cukup mudah. Kerana adanya nilai yang anda berikan serta perhubungan yang telah dijalinkan, (inilah sebabnya sesetengah syarikat produk menyarankan anda untuk menjual kepada ‘warm market’ anda dahulu… kerana anda sudah berhubungan dengan mereka).

Jadi, jika produk atau peluang itu BUKAN perniagaan anda, apa bisnes anda?

Perniagaan Anda adalah Audiens Anda!

Lebih spesifik lagi, perniagaan anda adalah perhubungan yang anda jalinkan dengan audiens anda (anda perlu kenali audiens anda dulu, lihat video - ‘Wow! Senangnya Buat Customer Avatar ni.’)

Apabila anda mensasarkan audiens yang mengenali anda, menyukai anda dan mempercayai anda, anda boleh menjual apa sahaja kepada mereka asalkan ia bersangkut paut dengan minat mereka. Ia mungkin produk dari syarikat anda atau mungkin mereka berminat untuk sertai anda, atau mungkin apa jua.

Tiada seorang agen atau pemilik bisnes (tidak kira betapa hebat mereka) akan berjaya ‘close’ 100% dari 100% orang setiap masa. Terdapat golongan yang memang tak berminat dengan produk utama anda.

Jadi, apabila anda hanya fokus untuk menjual SATU perkara sahaja, anda sebenarnya sedang menghalang potensi pendapatan anda. Jangan salah faham, anda bukan juga perlu jual sehingga 7-8 produk dari 7-8 syarikat yang berbeza. Itu cari pasal namanya.


Cuba fikir macam ni, pada suatu masa dahulu, syarikat Apple hanyalah merupakan syarikat komputer. Itu merupakan satu-satunya produk mereka, iaitu komputer. Mereka mendefinisikan diri mereka sebagai syarikat komputer dan lihat betapa mereka terpaksa bersaing rapat dengan Microsoft.

Sejurus selepas Apple mendefinisikan semula syarikat menjadi bukan sahaja “syarikat komputer” sebaliknya menjadi sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada audiens yang spesifik (ketika itu, pemikiran kreatif sebegitu adalah dari orang yang berani mencabar status quo)… maka mereka mula menawarkan kepelbagaian produk yang mungkin menarik minat audiens tersebut, segalanya mula berubah.

Sekarang ini, walaupun anda menjadi pengguna tegar Windows sekalipun, Apple masih lagi berhasil untuk untung dengan menawarkan anda produk yang lain seperti Mp3 (iPod), telefon (iPhone) muzik (iTunes) dan lain-lain.

 Apabila Saya Fahami dan Menggunakan Model Perniagaan ini, Segalanya Berubah!

Saya bukan sahaja berjaya merekrut agen-agen baharu ke dalam perniagaan saya malahan, saya turut berjaya menghasilkan wang dari mereka yang mengatakan ‘Tidak’ pada produk utama yang ditawarkan.

Dalam masa 18 bulan, saya berjaya menjana beberapa pendapatan 6 angka. Saya mula dikenali dan diiktiraf oleh syarikat dan orang-orang lain. Saya diminta untuk bercakap serta berkongsi kisah kejayaan kepada ramai usahawan seperti anda.


Dan saya yakin, anda juga bakal memperoleh kesemua ini malahan lebih cepat dari saya (18 bulan!)… kerana saya dahulunya tidak mempunyai kelebihan seperti yang akan saya tawarkan kepada anda nanti.

Saya terpaksa menghabiskan banyak masa dan wang melakukan pelbagai ‘Try and Error’ untuk mula menggunakan ‘Attraction Marketing’ secara berkesan. Banyak kesilapan juga berlaku barulah akhirnya ia menjadi.

Semestinya anda boleh sahaja memilih untuk melalui jalan yang telah saya lalui sebelum ini dengan menggunakan maklumat yang telah diberikan di halaman ini…

…atau anda juga boleh memilih untuk ‘bypass’ segala halangan yang mungkin datang dengan gunakan sepenuhnya ‘business blueprint’ yang telah disediakan ini. 

Jadi anda memilih untuk menggunakan bahan yang disediakan daripada mencuba sendiri? Betul-betul ya? Jika Ya, maka anda mesti mahukan Akses Lengkap “Attraction Marketing Formula” ini.

Klik Show Detail