Cart 0


SELAMAT DATANG!

ALICEWONDERS.COM & 4LIFE TRANSFER FACTOR

{ Tidak kira siapa anda, di mana tempat tinggal anda atau apa jua yang anda lakukan, Sistem Imunisasi merupakan sistem pertahanan yang pertama dan terakhir kita semua. }

Tidak kira berapa banyak wang yang telah digunakan oleh pihak kerajaan seluruh dunia untuk merangka strategi terbaik bagi melawan penyakit berjangkit. Tidak kira berapa banyak kuantiti atau berapa tinggi kualiti sesuatu antibiotik. Tidak kira berapa banyak wang dihabiskan dalam ujikaji bagi pembangunan vaksin. Akhirnya, satu persoalan akan tetap timbul berbanding segala persoalan yang lain iaitu; Sejauh manakah kekuatan Sistem Imunisasi badan anda?

{ Disini kami menyediakan cara selamat dan efektif. }

Pembelian secara ‘online’ dengan hanya satu ‘klik’ bagi mendapatkan produk dipaten dan terbukti serta merupakan 100% cara semulajadi dalam memberikan terapi Sistem Imunisasi terbaik dan paling penting ia ditawarkan dengan harga yang berpatutan beserta pelbagai lagi tawaran menarik! Produk yang dibawakan oleh 4Life Research ini merupakan produk yang telah mengubah kehidupan lebih ratusan ribu pelanggan di serata dunia!

Tempah secara ‘online’ 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun!

ABOUT 4LIFE RESEARCH LLC & SDN BHD

{ Pada 1996, David Lisonbee, seorang budiman yang mempunyai rekod amat baik di dalam industri ‘network marketing’, dan beliau telah menemui satu produk hebat bergelar Transfer Factor. }

Dengan kebolehan produk tersebut bagi menyokong serta mendidik Sistem Imunisasi, David menyedari kebaikan yang bakal diberikan terhadap tahap kesihatan  manusia di seluruh dunia. Dengan menggunakan wang sendiri, David memulakan sebuah syarikat ‘network marketing’ bernilai USD 200 juta dan dengan keyakinan yang utuh terhadap kehebatan model perniagaan tersebut yang berteraskan perkongsian kebaikan produk ini dengan orang lain secara lansung. Bersama-sama isterinya, Bianca, mereka menubuhkan 4Life Research pada 1998, dengan Transfer Factor sebagai produk utama mereka. 4Life kini merupakan peneraju utama dunia dalam bidang kesihatan alternatif.

4Life berpegang dengan kepercayaan bahawa setiap individu adalah unik justeru menyediakan barisan produk yang berupaya menyokong keunikan tersebut. }

Dengan lebih dari 75 produk yang telah dikeluarkan, 4Life benar-benar memberikan sesuatu untuk setiap orang. Selain dari itu, 4Life turut menawarkan peluang menjana pendapatan yang amat hebat, membolehkan sesiapa sahaja sebagai individu untuk mencapai kejayaan tanpa batasan – tidak kira samada anda baru sahaja bermula di dalam industri ini atau anda merupakan seorang pengusaha yang berpengalaman.

{ Pada musim panas tahun 2000, 4Life Research sekali lagi membuat kejutan luar biasa di dalam industri iaitu keputusan untuk bergabung dengan Shaperite, satu lagi peneraju hebat di dalam industri produk kesihatan alternatif. }

Kerjasama ini membuka lembaran peluang kemewahan yang lebih hebat bagi semua ahli 4Life, dengan mengembangkan lagi barisan produk yang menggabungkan kekuatan 2 buah syarikat gergasi ini. Sejak itu, 4Life telah menagalami pertumbuhan yang amat hebat dan luar biasa serta mengukuhkan lagi kedudukannya dalam kalangan pengeluar produk nutrisi tambahan. Pihak Eksekutif 4Life pula amat berbangga dalam mengetengahkan pengalaman lebih 100 tahun mereka dalam mengendalikan syarikat ‘network marketing’ dan industri pemakanan tambahan. 4Life beroperasi di keluasan lebih 80,000 kaki persegi di Sandy, Utah di Amerika Syarikat dan terus-menerus mencari peluang terhebat bagi menyediakan alternatif kesihatan dan kemewahan kepada semua masyarakat global.

{ Beberapa tahun yang lalu, kami telah bernasib baik dengan menemui kebaikan Transfer Factor terhadap kesihatan menyeluruh seisi keluarga. Hasilnya, kami telah menjadi sebahagian dari syarikat ini dan merasa amat berbangga untuk membawa Transfer Factor kesetiap buah rumah. }

ABOUT 4LIFE TRANSFER FACTOR

Apakah itu Transfer Factor? Ia bukanlah vitamin, mineral ataupun herba yang menambah nutrisi ke dalam badan. Transfer Factor adalah molekul yang berfungsi memindahkan ingatan imunisasi dan kepandaian dari satu Sistem imunisasi ke Sistem Imunisasi yang lain.

Bagaimanakah caranya Transfer Factor menyokong Sistem Imunisasi? Ia membantu Sistem Imunisasi anda melakukan TIGA perkara ini; }

RECOGNIZE (Mengenal pasti)

Transfer Factor membantu sel-sel imun untuk mengenal pasti segala ancaman dengan lebih pantas dan lebih berkesan.

RESPOND (Bertindak-balas)

Transfer Factor membolehkan sel-sel imun anda untuk bertindak-balas dengan lebih cepat dan berkesan setelah permasalahan dikenal pasti.

REMEMBER (Mengingati)

Transfer Factor turut membantu Sistem Imunisasi unutk mengingati cara penyelesaian bagi segala ancaman yang telah diatasi sebelum itu agar jika ancaman yang sama berulang lagi, badan anda mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Terdapat juga ‘R’ yang ke-empat iaitu;

RESULT (Keputusan)

Sebuah institusi yang menyediakan khidmat kesihatan secara online, The National Institute of Health’s online service, Medline, telah mengeluarkan lebih 1,200 kajian saintifik mengenai kebaikan Transfer Factor ke atas Sistem Imunisasi. Dan hasilnya pula?

Sebuah kajian telah melaporkan peningkatan sebanyak 437% tahap imunisasi di dalam ‘Natural Killer (NK) cell’ dengan penggunaan formula Transfer Factor Plus.



A DAILY IMMUNE SYSTEM STABILIZER

{ Sel yang mengandungi informasi imun mempunyai jangka hayat yang pendek. Kebanyakan sel-sel ini hidup tidak lebih dari 48 jam. }

Oleh yang demikian, bekalan Transfer Factor yang konsisten amat penting bagi mendidik dan melatih sel-sel yang baru. Badan anda akan cuba untuk memenuhi keperluan Transfer Factor yang berterusan namun apabila ia kehabisan, bekalan dari luar amatlah diperlukan.

{ Produk Transfer Factor (TF) menyediakan bekalan TF yang dipaten, yang dihasilkan dan dipakejkan mengikut garis panduan  Good Manufacturing Practices (GMP). }

IMMUNE SYSTEM & TRANSFER FACTOR

Apabila David Lisonbee menemui bahwa Sistem Imunisasi adalah kunci bagi meningkatkan tenaga serta kesihatan menyeluruh, beliau mula memburu pelbagai cara bagi meningkatkan keberkesanannya. Beliau terkejut apabila mendapati buruan yang dicarinya terdapat di ladang ternakan. 

{ Transfer factor, seperti yang beliau temui, boleh dikongsikan ke spesies-spesies lain. }

Ini bermaksud, beliau boleh membekalkan Sistem imunisasi manusia dengan Transfer Factor yang didapati dari sumber Sistem Imunisasi yang jauh lebih kuat iaitu Lembu dan Ayam. Ekstrak Transfer Factor merupakan susu awal lembu dan kuning telur yang telah melalui proses tapisan berteknologi tinggi yang dipatenkan yang bernilai lebih USD 40 juta.

Ekstrak TF ini telah diasingkan dari bahan-bahan lain yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia dan ia merupakan dari dua sumber yang lebih kuat serta mempunyai informasi imun yang lebih tinggi memandangkan dua haiwan ini hidup dalam persekitaran yang lebih mencabar namun berada berhampiran dengan tempat tinggal manusia.

{ 4Life sentiasa memastikan sumber yang berkualiti serta proses penapisan yang dijalankan adalah terkawal setiap masa kerana keduanya adalah amat penting dalam penyediaan produk TF. }

Haiwan-haiwan yang sihat serta terjaga sahaja untuk diambil TF darinya di samping mendokong penuh segala prosedur penghasilan yang telah ditetapkan demi melindungi keberkesanan TF. Kombinasi serta formula dari pelbagai sumber diuji dan ditambah baik dari masa ke semasa melaui proses ‘Research and Development (R&D).

TRANSFER FACTOR RESULTS?

{ 500% lebih berkesan berbanding dari pelbagai jenis makanan tambahan lain yang diuji. }

Turut disertakan disini adalah satu carta yang dikeluarkan oleh Jeunesse Inc, Institute of Longevity Medicine. Kajian tersebut mengenal pasti keupayaan pelbagai nutrisi dalam meningkatkan keberkesanan Sistem Imunisasi. Daripada 196 pelbagai produk yang tersohor di dunia termasuklah dari 4Life Research. Hasilnya, amatlah memeranjatkan!

Click Here to Sign Up or Read More Below