Cart 0

SYARAT-SYARAT PERADUAN:
1. Pembelian sebotol IQ BOOSTER adalah SATU penyertaan & SATU tiket cabutan bertuah.

2. Kelayakan menyertai Kategori Cabutan Bertuah adalah membeli minima 6 botol IQ BOOSTER bermula Januari hingga Disember 2017.

3. ATAU membuat pembelian minima 1 SET PREMIUM dlm tempoh Januari hingga Disember 2017.

4. Setiap pemenang kategori terhad 10 orang pemenang shj & akan ditambah mengikut sambutan.

5. Penganjur berhak mengadakan pindaan sepanjang peraduan TANPA membebankan peserta.

6. Setiap peserta diminta menghantar gambar/salinan keputusan ujian mengikut kategori masing-masing berakhir Disember 2017, melalui WhatsApp dengan terang & jelas.

7. Sebarang keraguan pada salinan keputusan ujian akan menyebabkan penyingkiran serta-merta.

8. Setiap pembelian adalah termasuk DERMA TABUNG KANAK-KANAK SYRIA anjuran Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM).

9. Keputusan adalah muktamad.

10. Ikuti perkembangan & info peraduan di Facebook GBC @mytruesystem

SOALAN-SOALAN LAZIM:

1. Apakah ramuan dan bahan-bahan produk IQ Booster ini, apakah nombor sijil KKM baginya?

IQ Booster atau 4Life Transfer Factor Chewable berperisa Vanilla ini mengandungi ramuan bergred makanan, bermaksud ia TIDAK PERLU dikawal oleh KKM melainkan ia mengandungi campuran bahan yang terkawal. Terdapat produk-produk lain yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama ini menerima sijil KKM seperti yang diwajibkan oleh kerajaan Malaysia (sila rujuk Quick Links untuk melihat maklumat KKM 4Life). IQ Booster ini diperbuat dari EKSTRAK susu awal lembu (kolostrum) dan kuning telur ayam yang dinamakan molekul Transfer Factor (sila rujuk Quick Links untuk melihat maklumat Transfer Factor). Bezanya hanyalah ia diproses ke dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah dan berperisa vanilla yang lazat sesuai untuk kanak-kanak.

2. Adakah ianya disahkan Halal oleh JAKIM, yang tertera hanya Halal dari IFANCA?

Halal IFANCA adalah satu institusi pengeluaran sijil Halal dari Amerika Syarikat yang mendapat kebenaran dari JAKIM. Halal juga merupakan perkara penting bagi umat Islam yang menetap di sana oleh itu, kesahihan sijil ini TIDAK DIRAGUI. Sila rujuk laman sesawang JAKIM untuk maklumat lanjut.

3. Sejauh manakah keberkesanan produk ini? Adakah terdapat testimoni dari pengguna?

Produk ini sebenarnya sudah lebih 12 tahun berada di pasaran Malaysia namun, ianya terlalu ekslusif sehinggakan tidak ramai yang mengetahui tentangnya dan ia dipasarkan secara Offline sahaja. Terdapat banyak testimoni dari para pengguna namun, tidak banyak yang direkodkan kerana ini adalah pertama kali ianya dijual secara Online. Namun, anda boleh berhubung secara lansung dengan bahagian Sales AliceWonders samada di Facebook atau di WhatsApp untuk mendapatkan beberapa testimoni.

4. Berapakah kandungan sebotol IQ Booster ini dan untuk berapa lama?

Sebotol IQ Booster mengandungi 90 biji tablet dan boleh bertahan selama 30 hari jika diambil 2-3 biji setiap hari.

5. Adakah harga yang ditawarkan di sini berpatutan jika dibandingkan dengan jenama yang sama di tempat lain?

Harga Runcit bagi sebotol adalah RM219.60 manakala Harga Borong/Ahli adalah RM188. Jika anda membuat pembelian ditempat lain anda jimat RM10 bagi sebotol namun, di tempat lain anda TIDAK DAPAT sertai peraduan pelajar cemerlang ini dan juga tiada bahagian DERMA KEMANUSIAAN seperti yang telah kami sediakan. Bezanya RM10 sahaja untuk lebih banyak kelebihan dan manfaat. Hubungi Pengarah Misi KHOM di Facebook https://www.facebook.com/karisma.kac untuk maklumat lanjut tentang misi atau untuk pengesahan.

6. Bagaimana pula perbandingan harga dengan produk minda dari jenama lain?

Terdapat banyak produk minda di luar sana, salah satu darinya, satu produk yang TIDAK memiliki kajian bernilai USD 40 juta seperti IQ Booster ini dan tidak pula tersenarai di dalam Jurnal Kedoktoran PDR.net NAMUN, produk tersebut berharga RM50 sebotol yang mengandungi 30 biji tablet. Ianya RM150 bagi 90 biji tablet dengan beza sebanyak lebih kurang RM40 ringgit untuk teknologi Barat yang terbukti bernilai USD 40 juta. Berbaloikah IQ Booster ini?

7. Apakah perbezaan di antara membeli sebotol dengan membeli pakej yang disediakan?

Pakej 3 botol dan pakej Premium 12 botol direka khas untuk sesiapa yang ingin BERKONGSI. Maksudnya, jika anda bersama 11 orang lagi rakan di pusat pengajian tinggi dapat berkongsi pakej ini bagi mendapatkan diskaun ISTIMEWA berbanding membeli sebotol. Atau anda sebagai ibu atau bapa juga boleh berkongsi dengan ibu bapa yang lain untuk anak masing-masing. Berikut adalah butiran;

a. Pakej 3 botol: Setiap botol boleh didaftarkan SEORANG nama pelajar menjadikan jumlahnya maksima 3 nama untuk satu pakej ini. Bagi Tiket Cabutan bertuah pula, 4 TIKET diberikan tapi diatas SATU nama pembeli sahaja ia termasuk SATU tiket PERCUMA. Pembeli masih perlu membuat pembelian 3 botol lagi dalam tempoh setahun untuk layak menyertai kategori Cabutan Bertuah.

b. Pakej 12 botol: Setiap botol boleh didaftarkan SEORANG nama pelajar menjadikan jumlahnya maksima 12 nama untuk satu pakej ini. Bagi Tiket Cabutan bertuah pula, 15 TIKET diberikan tapi diatas SATU nama pembeli sahaja ia termasuk TIGA tiket PERCUMA. Pakej ini melayakkan pembeli menyertai kategori Cabutan Bertuah serta-merta.

8. Berapa orangkah pemenang akan dipilih bagi setiap kategori?

Kami benar-benar ingin menyediakan lebih banyak hadiah tunai terutama bagi setiap kategori Pelajar Cemerlang kerana ia juga menjadi satu TANGGUNGJAWAB sosial bagi memperkasakan akademik anak-anak. Namun demikian, untuk permulaan kami dapat sediakan 10 orang pemenang bagi SETIAP kategori sahaja dan jumlah tunai yang diperlukan sudahpun mencecah puluhan ribu ringgit. Kami turut bercadang untuk MENAMBAH lagi bilangan pemenang bagi kategori ini mengikut KADAR SAMBUTAN yang diterima sepanjang tahun 2017. Anda turut boleh sama membantu dengan cara berkongsi kepada rakan-rakan anda tentang peraduan ini. Bagi kategori Cabutan Bertuah pula, Hadiah Utama berupa Wang Tunai RM10,000 hanya untuk SEORANG pembeli bertuah sahaja dan terdapat pelbagai lagi hadiah-hadiah cabutan lain yang akan diumumkan kelak. Mungkinkah niat ikhlas anda membantu anak-anak menjadikan anda bertuah? 

9. Bilakah akan diadakan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah ini?

Tarikh tamat peraduan adalah pada hujung Disember 2017 manakala, penyampaian hadiah akan dibuat seawal bulan Januari 2018 mengikut kategori yang disediakan. Bagi kategori peperiksaan SPM yang belum diumumkan keputusannya ketika itu, penyerahan hadiah akan dibuat selepas keputusan ujian diumumkan.

Sekiranya anda mempunyai lebih banyak persoalan, sila tinggalkan persoalan anda di ruangan Bubble Chat atau terus menghubungi kami di WhatsApp 0132571799 (Sales AliceWonders).